Friday, 24 January 2025

Panglima tentera ke-4 melaporkan kejadian letupan bom di Than To, Wilayah Yala, yang memburukkan lagi keadaan, selepas penduduk kampung dilanda banjir, ianya terjejas dengan suasana pelancongan di dalam kawasan semasa tahun baru

Perkembangan kejadian letupan bom di stesen minyak PTT, Daerah Than To, yang berada di tepi Jalan 410 (Yala-Betong), Tempat 1, Mukim Than To, Daerah Than To, Wilayah Yala. Yang mana, kejadian tersebut berlaku pada 24 Disember 2022, jam 11:45 malam. Yang mengalami kerosakan dan tiada dilaporkan cedera.

Pada 25 Disember yang lalu, Leftenan Jeneral Santi Sakuntanak, Panglima Tentera Ke-4, bersama-sama Mejar Jeneral Paisan Nusang Timbalan Panglima Tentera Ke-4, Pol Mej Jen Piyawat Chalermsri Timbalan Komander Polis Bahagian 9. Mei Kolonel Ampai Chumchuay selaku Ketua Polis Daerah Thanto, Encik Suriya Boonphan Ketua Daerah Than To, Encik Yongyodying Sihasut, Setiausaha Tetap Pertahanan Daerah Thanto. bersama-sama Pemusnahan bahan letupan, Pegawai dari Pusat Bukti 10 dan pegawai polis, tentera, , Peronda Sempadan 44, memeriksa tempat kejadian.

​Dari pemeriksaan awal dari pegawai didapati bahawa saspek meletak bom 2 butir bom  di tempat isi minyak pada jam 11:50 malam. Pada masa itu, station minyak sudah tutup tetapi kedai runcit 7-11 yang berada di luar station minyak masih dibuka perkhidmatan. Selain itu, saspek menetapkan masa meletup kedua-dua butir bom, tetapi hanya satu butir bom sahaja yang meletup.

​Leftenan Jeneral Santi Sakuntanak, Panglima Tentera Ke-4 berkata kejadian pada kali ini, dianggapkan memburukkan lagi keadaan kerana sebelum ini penduduk mengalami banjir dan air baru surut. Ia dianggap sebagai perbuatan tanpa hati nurani dan tidak memberi prihatin terhadap penderitaan penduduk di dalam kawasan. Selain itu, tempat kejadian tersebut dianggap sebagai tempat berehat yang penting bagi pelancong yang melancong ke Daerah Betong, Wilayah Yala. Yang mana pada masa lalu, laluan Yala ke Daerah Betong agak sukar untuk mencari stesen minyak. Apabila adanya station minyak dibuka ianya dapat membantu memudahkan rakyat dan pelancong boleh pergi ke Betong dengan lebih banyak lagi. Apabila berlaku kejadian seperti ini ianya terjejas dengan ekonomi dan suasana pelancongan, lebih-lebih lagi semasa tahun baru.

​Sebelum ini, pegawai telah ditegaskan untuk memantau keadaan dengan teliti, lebih-lebih lagi di kawasan ekonomi. kejadian pada kali ini tidak banyak rosak kerana pegawai dapat mengawal keadaan dengan cepat. Selepas ini perlu meningkatkan lagi pengjagaan keselamatan penduduk di dalam kawasan. Walau bagaimanapun penduduk tidak boleh bergantung dengan pegawai sahaga. Kerjasama daripada semua pihak, ketua kampung dan penduduk kampung adalah peting untuk mengjaga keamanan di dalam kawasan. Oleh itu, jika anda melihat seseorang atau objek yang mencurigakan boleh memaklumkan di talian hotline 1341 sepanjang 24 jam (kata Panglima Tentera Ke-4)

​Stesen minyak (PTT), Daerah Than To, Wilayah Yala telah dibuka perkhidmatan selama 3 tahun dan ia merupakan tempat berhenti rehat yang penting bagi pelancong yang mahu ke Daerah Betong. Sebelum ini, penduduk di kawasan Than To, wilayah Yala, mengalami banjir. Kejadian pada kali ini dianggapkan memburukkan lagi kesusahan rakyat. dan memusnahkan suasana pelancongan di dalam kawasan.

“ซ้ำเติมประชาชนหลังประสบเหตุน้ำท่วม” แม่ทัพภาคที่ 4 ประณามคนร้ายระเบิดปั๊มธารโต หวังทำลายเศรษฐกิจการท่องเที่ยวในพื้นที่

———————————-

Cr.StationRadioKebangsaan Wilayah Yala, Jabatan Penerangan